Produk Hafazan Al-Quran Terbaik untuk Anda!

Selamat datang ke blog Amanah Hartanah Bumiputera. Sebelum anda membaca posting-posting lain dalam blog ini, saya mencadangkan supaya anda semua lihat dahulu produk yang ingin saya tawarkan. 

Saya telah melihat kandungan ebook ini sepintas lalu, dan saya percaya sesibuk manapun anda, kaedah yang digunakan sangat berkesan. Sebab itu saya sarankan supaya saudara saudari juga membacanya. Klik di sini sekarang... untuk dapatkan ebook yang ditawarkan dan mula menghafaz seperti PRO!

Dana RM1 bilion pelaburan hartanah Bumiputera dilancar

Tue, Nov 30, 2010
4840072847_6da1586961KUALA LUMPUR: Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) berharap untuk meningkatkan saiz dana pelaburan Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) tahun depan sebanyak 50 peratus dari 1 bilion unit pada ketika ini.
Ketika melancarkan AHB di sini semalam, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kamalul Arifin Othman berkata dana ini membolehkan pelabur Bumiputera memiliki aset hartanah dengan nilai pelaburan minima RM500.

Dana yang diluluskan itu mengandungi 1 juta unit berharga RM1 setiap unit. Ianya terbuka kepada Bumiputera berusia serendah  tiga bulan ke atas, dengan para pelabur berumur di bawah 18 tahun memerlukan penjaga rakyat Malaysia sebagai penandatangan.
"AHB merupakan unit amanah dan bukan amanah pelaburan hartanah kerana pemilikannya tetap berada di tangan PHB.  Tapi dana itu memiliki faedah pemilikan hartanah," kata Kamalul kepada para pemberita.
Aset dana itu termasuklah CP Tower di Petaling Jaya, 26 Boulevard di Putrajaya, Wisma Consplant di Subang Jaya, Tesco Setia Alam dan Kompleks Industri di Shah Alam.
Bangunan Grade A
"Pulangan dana adalah serupa dengan bangunan Grade A di Tiga Segi Emas, iaitu tidak kurang dari 6%. Pendapatan dana ialah dari sewa hartanah ini dan kami akan membayar agihan pendapatan dua kali setahun," katanya.
Tahun kewangan syarikat berakhir 30 September 2011 dan PHB akan membuat bayaran dari pendapatan sewa setiap enam bulan.
Kamalul berkata, PHB tetap positif tentang pasaran hartanah di Malaysia memandangkan pertumbuhan ekonomi negara tahun depan akan mencipta lebih banyak peluang perniagaan, sekali gus meningkatkan permintaan untuk ruang pejabat.
PHB mempunyai tujuh aset yang telah siap dalam portfolionya.  Dua bangunan yang belum disuntik ke dalam syarikat ialah Menara Bumiputera Commerce di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat PHB, Peremba Square di Saujana Resort.
Dana ini yang buat pertama kali diumumkan ketika pembentangan Bajet 2011 bertujuan untuk menyediakan para pelabur dengan pendapatan yang regular dan konsisten serta boleh diperolehi di semua cawangan Maybank di seluruh negara.
- starbiz

No comments:

Post a Comment